:: Blog SK Kapa kembali aktif !! ::

Posted on

Pelbagai berita dan aktiviti SK Kapa akan dimuatkan di dalam blog ini dalam sedikit masa lagi..Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada calon-calon UPSR 2013 kerana berjaya mengharungi peperiksaan UPSR dengan baik…Semoga pada tahun ini SK Kapa akan bertambah cemerlang!!!

:: Mesyuarat PIBG bagi tahun 2013 ::

Posted on

Image

Pada 10.1.2013,mesyuarat PIBG bagi kali pertama telah diadakan di SK Kapa bertempat di kelas tahun 1. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pn Anna selaku timbalan pengerusi PIBG ini telah dihadiri oleh seluruh warga SK Kapa dan juga ibubapa. Pelbagai perkara dan isu telah dibincangkan semasa mesyuarat ini. Semoga pada tahun ini pihak ibubapa dan sekolah dapat mempereratkan lagi hubungan agar kerjasama yang terhasil akan membawa kebaikan kepada semua pihak..

:: Selamat Kembali ke sekolah 2013!! ::

Posted on

Warga SK Kapa ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah untuk tahun 2013 kepada seluruh murid-murid dari prasekolah sehinggalah kepada tahun 6.Semoga tahun ini SK Kapa akan terus gemilang dalam semua aspek…Tahniah juga kepada SK Kapa di atas pencapaian yang memberansangkan dan membanggakan dalam UPSR tahun lepas..Semoga keputusan UPSR pada tahun ini akan menjadi lebih baik lagi!!!

:: Kejohanan Sukan Sekolah peringkat SK Kapa bagi kali ke-2 bagi tahun 2012 ::

Posted on

 

This slideshow requires JavaScript.

Pada 23.10.2012 yang lalu, SK Kapa telah menganjurkan sukan sekolah bagi kali yang ke-2 bagi tahun 2012.Sebanyak tiga buah rumah sukan telah berentap bagi merebut gelaran juara keseluruhan iaitu rumah MERAH,rumah BIRU dan rumah HIJAU. Perasmian sukan sekolah telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Kapa iaitu Pn. Rinau Salag dan diikuti dengan acara perbarisan yang telah disempurnakan oleh kesemua rumah sukan yang bertanding. Pelbagai acara padang dan balapan telah dijalankan pada hari tersebut yang meliputi penglibatan murid-murid dari Tahap 1 dan Tahap 2.Acara tarik tali dan acar tambahan melibatkan ibubapa juga telah diadakan bagi memeriahkan lagi acara pada hari tersebut. Juara keseluruhan pada tahun ini telah disandang oleh rumah BIRU,diikuti dengan rumah HIJAU dan tempat ketiga oleh rumah MERAH. Tahniah kepada seluruh warga SK Kapa yang telah bekerjasama bagi menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. Semoga SK Kapa terus cemerlang!!!

:: Kita Juara!!! ::

Posted on

SK Kapa telah berjaya menjuarai pertandingan menyanyi lagu patriotik sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah yang telah diadakan di SK Lingga Baru pada 21.9.2012. Sebanyak 10 penyertaan telah direkodkan dengan kebanyakannya penyertaan daripada sekolah-sekolah rendah di sekitar Tamparuli dan Tuaran. Wakil tunggal SK Kapa, Nicole Wryn,murid Tahun 5 yang mempertaruhkan lagu ” Dirgahayu Tanah Airku ” telah muncul juara mengatasi peserta yang lain. Tempat kedua ialah peserta dari SK Togop manakala tempat ketiga pula menjadi milik Adreen Kelly Wandy yang mewakili SK Lingga Baru. Berikut ialah sedutan video persembahan adik Nicole semasa pertandingan tersebut.Kredit untuk Cikgu Wandy Gimpah untuk video ini dan menjadi guru pengiring semasa pertandingan tersebut. Tahniah Nicole!!!! 🙂

:: Majlis Perpisahan Guru Praktikum ::

Posted on

Pada 21.9.2012 yang lalu,pihak sekolah telah mengadakan satu majlis perpisahan ringkas untuk 2 orang guru praktikum dari IPG Kampus Kent,Tuaran iaitu Cikgu Mohd. Noor Hafiz Joseph dan Cikgu Zulkhairee Thomas. Semoga kedua-dua guru praktikum ini akan berjaya menamatkan pengajian di IPG dan seterusnya mencipta kejayaan apabila melangkah ke alam perguruan yang sebenarnya nanti.Selamat berjaya dari kami seluruh warga SK Kapa…:)

 

:: Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2012 ::

Posted on

 

 

Selamat menduduki peperiksaan UPSR (11/9-13/9/2012)  kepada seluruh calon UPSR 2012 SK Kapa..Lakukan yang terbaik kerana andalah harapan bukan sahaja daripada pihak sekolah,guru-guru, malah ibu bapa anda juga…Berikan satu kenangan manis yang boleh anda ingati sampai bila-bila pada tahun ini..Doa dari pihak sekolah,guru-guru serta ibubapa mengiringi perjuangan anda semua…SELAMAT BERJAYA!!!!

:: Meraikan para calon UPSR SK Kapa 2012 ::

Posted on

This slideshow requires JavaScript.

 

Bagi memberikan motivasi kepada para calon UPSR SK Kapa bagi tahun 2012, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis ringkas yang diadakan di bangunan makmal SK Kapa.Di dalam majlis ini, Guru Besar SK Kapa, Pn. Rinau Salag serta Penolong Kanan Kokum,En. Januar Andan telah memberikan kata-kata perangsang kepada para calon agar dapat melakar satu lagi kejayaan sebagaimana yang dikecapi pada tahun lepas. Majlis ini turut diserikan dengan acara-acara lain seperti perkongsian pengalaman daripada guru praktikum,nyanyian serta acara simbolik iaitu Guru Besar menyuapkan kek kepada setiap calon UPSR SK Kapa. Semoga berjaya!!!

Festival Filem Pendek Kali ke-4

Posted on

*Diambil dari sumber asal*

 

Festivel Filem Digital Pendidikan Negeri Kali Ke-4 2012

SUKACITA dimaklumkan bahawa pelawaan adalah dibuka kepada semua sekolah untuk untuk menyertai Festivel Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah Kali Ke-4 2012. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori, iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Terbuka Kebangsaan. Kategori Sekolah Rendah dan Kategori Sekolah Menengah hanya untuk Kateori Tertutup Negeri Sabah sahaja. Manakala Kateori Terbuka kebangsaan adalah terbuka kepada semua sekolah di Malaysia. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Oktober 2012. Festivel ini adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah, Multimedia Development Corporation, Kuala Lumpur dan diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Hadiah yang menjangkau RM70,000.00 dalam bentuk Komputer Riba, Kamera, Trofi, wang tunai dan sijil penghargaan disediakan. Borang penyertaan boleh didownload di SINI.

:: Hari Penutupan Bulan Kemerdekaan 2012 Sk Kapa ::

Posted on

 

This slideshow requires JavaScript.

Pada hari ini iaitu 30/8/2012,bulan kemerdekaan pun melabuhkan tirainya di SK Kapa dengan berlangsungnya hari penutupan bulan kemerdekaan bagi tahun 2012.Beberapa acara telah berlangsung pada hari dan disertai oleh seluruh warga SK Kapa.Pelbagai acara telah dijalankan diantaranya ialah acara senamrobik, menyanyi lagu-lagu patriotik serta marathon.Aktiviti-aktiviti  ini telah disertai oleh semua peringkat murid; dari prasekolah sehinggalah Tahun 6.  Diharapkan agar bulan kemerdekaan pada tahun ini memberikan semangat baru kepada seluruh warga SK Kapa khususnya dalam menanamkan rasa cinta dan sayang kepada negara kita.