RSS Feed

:: Blog SK Kapa kembali aktif !! ::

Posted on

Pelbagai berita dan aktiviti SK Kapa akan dimuatkan di dalam blog ini dalam sedikit masa lagi..Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada calon-calon UPSR 2013 kerana berjaya mengharungi peperiksaan UPSR dengan baik…Semoga pada tahun ini SK Kapa akan bertambah cemerlang!!!

Advertisements

:: Mesyuarat PIBG bagi tahun 2013 ::

Posted on

Image

Pada 10.1.2013,mesyuarat PIBG bagi kali pertama telah diadakan di SK Kapa bertempat di kelas tahun 1. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pn Anna selaku timbalan pengerusi PIBG ini telah dihadiri oleh seluruh warga SK Kapa dan juga ibubapa. Pelbagai perkara dan isu telah dibincangkan semasa mesyuarat ini. Semoga pada tahun ini pihak ibubapa dan sekolah dapat mempereratkan lagi hubungan agar kerjasama yang terhasil akan membawa kebaikan kepada semua pihak..

:: Selamat Kembali ke sekolah 2013!! ::

Posted on

Warga SK Kapa ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah untuk tahun 2013 kepada seluruh murid-murid dari prasekolah sehinggalah kepada tahun 6.Semoga tahun ini SK Kapa akan terus gemilang dalam semua aspek…Tahniah juga kepada SK Kapa di atas pencapaian yang memberansangkan dan membanggakan dalam UPSR tahun lepas..Semoga keputusan UPSR pada tahun ini akan menjadi lebih baik lagi!!!

:: Kejohanan Sukan Sekolah peringkat SK Kapa bagi kali ke-2 bagi tahun 2012 ::

Posted on

 

This slideshow requires JavaScript.

Pada 23.10.2012 yang lalu, SK Kapa telah menganjurkan sukan sekolah bagi kali yang ke-2 bagi tahun 2012.Sebanyak tiga buah rumah sukan telah berentap bagi merebut gelaran juara keseluruhan iaitu rumah MERAH,rumah BIRU dan rumah HIJAU. Perasmian sukan sekolah telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Kapa iaitu Pn. Rinau Salag dan diikuti dengan acara perbarisan yang telah disempurnakan oleh kesemua rumah sukan yang bertanding. Pelbagai acara padang dan balapan telah dijalankan pada hari tersebut yang meliputi penglibatan murid-murid dari Tahap 1 dan Tahap 2.Acara tarik tali dan acar tambahan melibatkan ibubapa juga telah diadakan bagi memeriahkan lagi acara pada hari tersebut. Juara keseluruhan pada tahun ini telah disandang oleh rumah BIRU,diikuti dengan rumah HIJAU dan tempat ketiga oleh rumah MERAH. Tahniah kepada seluruh warga SK Kapa yang telah bekerjasama bagi menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. Semoga SK Kapa terus cemerlang!!!

:: Kita Juara!!! ::

Posted on

SK Kapa telah berjaya menjuarai pertandingan menyanyi lagu patriotik sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah yang telah diadakan di SK Lingga Baru pada 21.9.2012. Sebanyak 10 penyertaan telah direkodkan dengan kebanyakannya penyertaan daripada sekolah-sekolah rendah di sekitar Tamparuli dan Tuaran. Wakil tunggal SK Kapa, Nicole Wryn,murid Tahun 5 yang mempertaruhkan lagu ” Dirgahayu Tanah Airku ” telah muncul juara mengatasi peserta yang lain. Tempat kedua ialah peserta dari SK Togop manakala tempat ketiga pula menjadi milik Adreen Kelly Wandy yang mewakili SK Lingga Baru. Berikut ialah sedutan video persembahan adik Nicole semasa pertandingan tersebut.Kredit untuk Cikgu Wandy Gimpah untuk video ini dan menjadi guru pengiring semasa pertandingan tersebut. Tahniah Nicole!!!! ­čÖé

:: Majlis Perpisahan Guru Praktikum ::

Posted on

Pada 21.9.2012 yang lalu,pihak sekolah telah mengadakan satu majlis perpisahan ringkas untuk 2 orang guru praktikum dari IPG Kampus Kent,Tuaran iaitu Cikgu Mohd. Noor Hafiz Joseph dan Cikgu Zulkhairee Thomas. Semoga kedua-dua guru praktikum ini akan berjaya menamatkan pengajian di IPG dan seterusnya mencipta kejayaan apabila melangkah ke alam perguruan yang sebenarnya nanti.Selamat berjaya dari kami seluruh warga SK Kapa…:)

 

:: Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2012 ::

Posted on

 

 

Selamat menduduki peperiksaan UPSR (11/9-13/9/2012) ┬ákepada seluruh calon UPSR 2012 SK Kapa..Lakukan yang terbaik kerana andalah harapan bukan sahaja daripada pihak sekolah,guru-guru, malah ibu bapa anda juga…Berikan satu kenangan manis yang boleh anda ingati sampai bila-bila pada tahun ini..Doa dari pihak sekolah,guru-guru serta ibubapa mengiringi perjuangan anda semua…SELAMAT BERJAYA!!!!